Pantun Nasihat

Bunga kembang di pagi Jumaat

Kumbang minat mencari agas

Makanan seimbang mesti berkhasiat

Badan sihat otak cergas

 

Udara di hirup anak Pak Sarat

Bunga di taman igauan Seman

Amalan hidup gaya sihat

Senaman ringan jadi peneman

 

Mata redup perut berat

Badan Malas jadilah bulat

Buat sit up, angkat berat

Supaya kita hidup selamat

 

Pohon redup sebagai teman

Kolam ikan ditengah halaman

Kalau nak hidup sepanjang zaman

Bayakkan makan ulam-ulaman

pertandingan menu sihat

pada minggu lepas, rabu , kami telah mengikuti pertandingan menu sihat untuk aktiviti kokurikulum kami. menu sihat yang di sediakan ialah sandwich.

Image

Penyediaan menu sihat

Untuk menyediakan hidangan yang sihat, kita perlulah merancang jenis makanan
yang ingin di makan dan memastikan bahawa makanan tersebut adalah pilihan yang baik. Adakah makanan tersebut mengandungi mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan badan serta diet yang seimbang? Adakah kita memerlukan lebih karbohidrat dan kurang protein atau lebih protein dan kurang lemak? Selain dari perancangan, kita juga perlu memikirkan bagaimana caranya untuk kita menyediakan hidangan. Terdapat beberapa kaedah memasak yang sesuai untuk digunakan; antaranya adalah lebih elok dan sihat untuk memasak dengan menggunakan kaedah membakar, mengukus dan mereneh berbanding mengoreng dengan minyak yang banyak.

Amalan dalam membentuk menu sihat

  • Mereneh atau mengukus makanan berbanding mengoreng .
  • Menggunakan tuala dapur untuk menyerap minyak  yang berlebihan selepas mengoreng.
  • Jauhi dari mengoreng buat kali kedua.
  • Buang minyak berlebihan dari dalam mangkuk makanan (contohnya sup).
  • Tambah lebih sayuran di dalam hidangan.
  • Kurangkan jumlah penggunaan garam.
  • Kurangkan penggunaan lemak dan lebihkan daging  tanpa lemak

tapi kami cuma sediakan sandwich jerk..ini lah hasil kami dan rakan2..

roti sandwich
tuna mayonis (mengikut citarasa dan pilihan)
marjerin
batang saleri
bawang besar dihiris-hiris
cili padi (mengikut citarasa)

Image

boleh lah sedia utk sarapan dan waktu lapang dan waktu rehat yerrr

Image

akhirnya…setelah ditentukan para hakim dan juri lagi bijaksana…kami pon menang…alhamdulillah…

sekian saja post utk hari ini 😉

Gaya Hidup Sihat

GAYA HIDUP SIHAT(1)

Amalan Hidup Sihat

Image

– berbasikal-

  • boleh membawa kita ke satu perjalanan yang jauh melalui pemandangan yang menarik.
  • Menjadikan satu destinasi sebagai satu sasaran dan memperolehi pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan
  •  menjadikan berbasikal begitu mengembirakan , terutama untuk seseorang yang cepat jemu dengan satu-satu aktiviti yang tidak berubah.
  • Berbasikal boleh dikembangkan kepada semua ahli keluarga. Anak-anak juga boleh mengambil bahagian dan ini menjadikan ia sebagai suatu aktiviti keluarga yang menarik.
  • membuat latihan untuk bahagian bawah badan dan juga meningkatkan kedua-dua tahap kecergasan aerobik dan anearobik, tanpa latihan keras.
  • Mengelakkan berlaku kecederaan yang menghantui ramai pelari.

– Berjogging –

  • membantu meningkatkan daya tumpuan dan kepekaan !
  • jadi lebih cergas dan bertenaga !
  • memperbaiki emosi !
  • badan rasa lebih selesa !
  • mengurangkan tekanan !

– Skipping –

  •  lompat 10 minit sama dengan berjalan selama 8 minit.
  • lompat selama 1 jam, boleh membakar 1000 kalori
  • lompat 30 minit, 3x seminggu, dapat kuatkan hati n jantung n dapat turunkan kolestrol, tekanan darah n kurangkan risiko jantung.
  • senang je nak main lompat2 ni. x payah nak jurulatih bagai. bile dah lompat, rasa macam kanak2 riang je 🙂
  • senang nak dapat n murah.
  • 7. dapat kuatkan tulang n tingkatkan stamina

-Berenang-

  • Faktor kesihatan : Dapat menyihat dan memulihkan kesegaran badan.
  • dapat menguatkan otot jantung (sistem kardiovaskular) dan meningkatkan penghantaran oksigen.
  • Rasa stress atau tekanan juga dapat dikurangkan dengan latihan renang.
  • Merupakan satu aktiviti sukan yang paling sihat dan tidak mendatangkan kecederaan kerana ia senaman bersifat risiko rendah (low risk) disebabkan tiada daya tekanan yang kuat pada sendi, tulang dan juga otot badan.
  • Sering digunakan dalam senaman aqua therapy / terapi pemulihan selepas mengalami kecederaan atau hilang upaya
  • Dapat membentuk tubuh badan yang baik dan cantik. pssst…jaga faktor pemakanan. Jangan makan banyak ye!

– aerobik –

Membantu menguatkan tubuh termasuklah bahagian ‘weight bearing bones’ dan
otot kardiovaskular.

Ia juga membantu anda menurunkan berat badan di samping membina otot tubuh menjadikan penurunan berat anda sihat dan tubuh kekal fit.

kempen kesihatan

Image

Resepi kesihatan…

Seorang tabib dihantar oleh penguasa Mesir ke Medinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorangpun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan perkhidmatan apa-apa kepada penduduk Medinah.

Tabib itu berjumpa Nabi Muhammad saw untuk mendapatkan kepastian. Dia bertanya Nabi, “Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?” Nabi menjawab “Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib.” Tabib bertanya lagi, “Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya?” Nabi menjelaskan “Sebab penduduk Medinah tidak ada yang sakit.” Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, “Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit.” Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.

Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Medinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorangpun. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.

Didorong oleh perasaan ingin tahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, “Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Medinah sihat-sihat belaka?” Nabi menerangkan, “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang. Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.”

MORAL & IKTIBAR
Petua untuk sihat: Makan ketika lapar. Berhenti sebelum kenyang
Agama Islam suatu agama yang syumul; ia mencakupi bidang jasmani dan rohani
Semua kata-kata Nabi adalah BENAR belaka; tidak boleh mempertikannya.
Berpegang kepada ajaran Nabi membawa keselamatan bukan saja di akhirat malahan di dunia juga.
Bertawakkal kepada Allah menjauhkan diri dari menyerahkan nasib kepada selain Allah
Menyendatkan perut dengan pelbagai makanan yang banyak menyebabkan kesihatan terganggu dan mengurangkan kecerdasan otak dan jiwa.
Sebaliknya mengosongkan perut dengan amalan puasa boleh melahirkan ketajaman otak dan kejernihan jiwa.
Para Nabi dan orang-orang soleh memilih lapar di dunia supaya kenyang di akhirat.

Pantun Petua Bina Kesihatan

Panduan hidup adalah al Quran
rasul diutus memberi ingatan
yang menjadi petua serta amalan
demi untuk membina kesihatan

Mulakan Bismillah setiap urusan
elok disertai selawat dan salam
dulukanlah niat sebelum pekerjaan
mulakan gerakan di sebelah kanan

Setiap waktu perlulah ditepati
janganlah suka memungkiri janji
bahaya dan musuh usahlah dicari
jangan mudah tidak sedarkan diri

Lemparkan senyuman setiap hari
sehingga wajah kelihatan berseri
seandainya bertemu salam diberi
janganlah suka meninggi diri

Bercakaplah cuma jikalau perlu
sebelum menjawab dengari dulu
usahlah bertanya bertalu talu
perangai berleter usahlah ditiru

Berpakaian biar disenangi orang
jangan sendat atau pun jarang
bahagian aurat usah ditelanjang
sehingga geram jika dipandang

Jawapan Soalan Pengukuhan

1. C

2. C

3. B

4. A

5. D

Budak2 pon pandai mandi untuk kebersihan…

Previous Older Entries

calendar

Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Top Clicks

  • Tiada

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other subscribers